Semalam 10 Ogos 2009 bersamaan 19 syaaban 1430 hijrah sekali lagi Surau Al Hijrah di cerobohi dengan mencuri Peti Besi Tabung Surau Al Hijrah. Kejadian diketahui menjelang solat Maghrib. Mengikut ahli jemaah yang bersolat di surau tersebut pada waktu zohor peti Tabung Surau tersebut masih ada di surau itu.
Jahat sungguh tangan manusia yang bernama pencuri itu.. ingatlah tangan itu akan menjadi saksi atas apa yang dilakukan di depan Allah di hari yang semua mulut-mulut di kunci dan semua anggota badan menjadi saksi di hadapan Allah.
Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.” Dulu power amp dah berapa biji dah kena curi...
Dan semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada Tangan yang jahat ini..
Amin Ya Allah..
No comments:
Post a Comment