Sunday, August 16, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini. Kita sangant mengharapkan agar hati dan jiwa kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua.

Itulah harapan kita semua.. dan harapan Ramadhan


"Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…Dengan rahmatMu oh Tuhanku…


Untuk program Tahlil dan Doa Selamat sempena Bulan Ramadhan ini dibawa ini disertakan borang untuk diisi dan diserahkan kepada AJK Surau
http://www.scribd.com/doc/18675880/Borang-Penyertaan-Tahlil-Arwah-Ramadhan-1430h

Wednesday, August 12, 2009

Jemputan Tahlil

Saya dengan hormatnya menjemput tuan-tuan ke majlis yaasin dan tahlil di rumah saya pada:

Tarikh : 13 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : lepas Isya'
Alamat : No. 24 Jalan Seri Putra 6/6
Bandar Seri Putra


Kedatangan tuan-tuan amat diharapkan dan semoga kita semua mendapat kerahmatan dari Allah s.w.t terima kasih



Azmi Abdul Hamid

Monday, August 10, 2009

Tangan Jahat Manusia


Semalam 10 Ogos 2009 bersamaan 19 syaaban 1430 hijrah sekali lagi Surau Al Hijrah di cerobohi dengan mencuri Peti Besi Tabung Surau Al Hijrah. Kejadian diketahui menjelang solat Maghrib. Mengikut ahli jemaah yang bersolat di surau tersebut pada waktu zohor peti Tabung Surau tersebut masih ada di surau itu.


Jahat sungguh tangan manusia yang bernama pencuri itu.. ingatlah tangan itu akan menjadi saksi atas apa yang dilakukan di depan Allah di hari yang semua mulut-mulut di kunci dan semua anggota badan menjadi saksi di hadapan Allah.
Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin.” Dulu power amp dah berapa biji dah kena curi...
Dan semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada Tangan yang jahat ini..
Amin Ya Allah..